ALOR SETAR - Seorang lelaki hidup sebatang kara di pondok kecil
berhampiran Persisiran Sungai Raja, dekat sini selepas kematian isteri
sejak lebih lima tahun lalu.
Gelandangan yang hanya mahu dikenali sebagai Bakri, 50, berkata, dia sudah biasa tidur ditemani nyamuk.
"Walaupun kurang selesa, namun sekurangnya saya dapat menumpang teduh.
"Lagipun tempat macam ini tak perlukan duit, lebih jimat kerana saya tidak bekerja," katanya yang tidak memiliki anak.
Bakri ditemui dalam Projek ‘I Love Homeless 2014-2015’ anjuran Biro Dakwah, Pembangunan Insan dan Kesukarelawan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), kelmarin.
Ketua Biro, Amirul Syahir Musa berkata, Bakri merupakan antara 13 orang gelandangan berusia antara lima hingga 50 tahun yang ditemui sekitar bandaraya Alor Setar.
"Ketika memberi makanan, kami dapati ada seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun tidur nyenyak bersama ibu bapanya di sekitar kawasan Shahab Perdana.
"Ada di antara gelandangan tidur, namun ada yang sanggup bangun untuk menjamah makanan yang diberikan 12 sukarelawan mungkin kerana lapar," katanya.
Amirul berkata, pihak GPMS Kedah terpanggil membantu gelandangan kerana bersimpati atas nasib dan kesulitan hidup dilalui mereka buat masa ini.
"Kami bercadang turun padang dua kali sebulan selepas ini sekiranya tidak keberatan untuk ambil berat gelandangan di bandar raya ini," katanya.
Terdahulu, sukarelawan GPMS turun padang ke beberapa kawasan antaranya seperti Persisiran Sungai Raja, Hentian Bas Pekan Rabu, Shahab Perdana dan Lorong Sempit.

Sumber: Sinar Harian