Ekoran viralnya video adik Aina Amanda Shahzali menerusi laman-laman sosial baru-baru ini, dia dan ibunya Habibah Hassan kini menjadi tumpuan umum dan didekati banyak media.
Semalam, cerita ketabahan hati Habibah tersiar di akhbar Metro dan difahamkan DJ Hot FM, Farah Fauzana turut berbicara mengenai adik kesayangan kita semua, Aina Amanda.
Namun lain pula yang terjadi pada Habibah hari ini apabila ibu itu mengadu di"halau" oleh seorang guru ketika cuba ke kantin untuk mengambil adik Aina Amanda pulang dari sekolah.
Katanya, memandangkan beberapa orang wartawan menunggu di luar sekolah anaknya, ibu itu masuk menunggu Aina Amanda di kantin sekolah berkenaan sebelum dihalau supaya beredar dari kawasan kantin tersebut.
Apa yang paling dikesali wanita itu, cara guru berkenaan "menghalau"nya dikatakan agak keterlaluan dan menyakitkan hati.
"Sebagai ibu kita akan protect anak kita...
"Bila ada beberapa
reporter menunggu d luar sekolah..abby masuk ke kantin menunggu. Tetapi
di halau mcm apa ja oleh pihak sekolah. Cara suruh keluar mcm halau org
asing. Sedangkan abby tiap hari di sekolah menghantar n mengambil anak
dan salah sorang AJK PIBG. Boleh di katakan semua kenal Abby.
"Amanda
bru 5 hari ke sekolah. Hari ni first time nak balik sorang2 sbb sepupu x
pergi sekolah. Sepatutnya budak2 darjah 1 di biar berada di perkarangan
sekolah menunggu parents. Bukan lepaskan keluar pagar..sedangkan ibu
bapa tak tahu di mana," tulis Habibah di laman Facebook miliknya lewat tengahari tadi.
Ditanya rakan Facebook tentang pihak sebenar yang "menghalau" Habibah, dia mengatakan individu berkenaan adalah "Pen Hem" yang berkemungkinan dimaksudkan adalah Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid di sekolah terbabit.
Ibu kepada adik Aina Amanda itu turut meluahkan rasa hairan terhadap rasional pihak sekolah tersebut yang dikatakan "risau" sekiranya media merakam gambar pintu pagar sekolah berkenaan.
"Pen
hem laa... cara halau tu mmg sedih la naa.. depa takut reporter masuk
ikut bib..walhal bib nk p amik anak..dok d kantin weiii..bukan dok dlm
bilik guru...
"Yg bib hairan depa takut apa reporter nk amik pic pagar
sekolah ja..bukan nk amik muka guru besar kaa.. reporter x masuk
perkarangan pun.. depa nk amik pic amnda blik sekolah...," tulisnya lagi.
Difahamkan adik Aina Amanda kini belajar di Sekolah Kebangsaan Penghulu Jusoh, Tobiar, Pendang, Kedah. -Kedahnews.com