Ini Telefon Bimbit Berinternet Paling Murah Di Dunia?


Nokia sememangnya terkenal dengan peranti pintar yang diperbuat menggunakan kualiti yang baik.
Legasi ini disambung oleh Microsoft yang telah membeli syarikat tersebut pada tahun lepas.

Kini mereka dilihat melancarkan sebuah telefon bimbit mesra pengguna pertamanya selepas proses pengambilalihan Nokia secara rasmi pada 8 bulan lalu.

Telefon bimbit yang dimaksudkan ialah Nokia 215.

Nokia 215 dilengkapi dengan rangkaian 2G yang hadir dengan model pilihan dwi kad SIM.

Seperti kebanyakkan yang terdapat pada peranti Nokia, fungi lampu suluh terbina pasti sudah menjadi perkara yang wajib buat Nokia.

Lebih menarik ialah baterinya boleh bertahan selama 29 hari dalam mod sedia dan dilengkapi skrin warna 2.4 inci berukuran 320 x 240, kamera 0.3MP dan sambungan Bluetooth.

Menurut Microsoft, ia merupakan telefon bimbit berinternet paling mampu milik di dunia dengan harga USD29 (RM100) sahaja.

Peranti serba mampu milik ini turut menawarkan pelayar web Opera Mini dan beberapa aplikasi media sosial seperti Facebook, FB Messenger, Twitter dan Bing Search.

Bagi sesetengah kawasan yang dilabelkan sebagai negara dunia ketiga, rangkaian pantas 3G dan 4G amatlah sukar  untuk diperolehi.

Oleh itu, Nokia 215 semestinya dapat menjadi salah satu bantu loncatan sementara menunggu rangkaian seperti 3G dan 4G dibangunkan di negara tersebut.


Sumber: Independent