JITRA - Isu pemindahan Nat Tok Jalai, Kepala Batas, di sini, yang
berlarutan sejak tiga minggu lalu boleh dikatakan selesai apabila tapak
baharu di Taman Sri Aman beroperasi dengan baik.
Setiausaha Majlis Daerah Kubang Pasu (MDKP), Helmi Yahya berkata, bagaimanapun pihaknya masih membuat pemantauan di tapak asal tersebut bagi memastikan peniaga tidak beroperasi semula di kawasan tersebut.
Menurut beliau, pemantauan oleh penguatkuasa MDKP akan diteruskan selain meminta segelintir peniaga yang enggan berpindah akur dengan pemindahan itu.
“Operasi pemindahan ke tapak baharu dilaksanakan selama tiga minggu berakhir hari ini (semalam) untuk kita daftarkan peniaga-peniaga masuk ke tapak baharu.
“Selepas ini sekiranya mereka mahu mendaftar perlu ke pejabat MDKP kerana kaunter pendaftaran di tapak pasar telah ditutup,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Dalam pada itu, Helmi berkata, MDKP tidak akan berganjak dengan keputusan dibuat dan mengambil tanggungjawab mempromosi tapak baharu untuk menarik lebih ramai pengunjung.
“Selepas tiga minggu beroperasi kita lihat pengunjung ke pasar sehari Taman Sri Aman semakin bertambah. Begitu juga peniaga yang mendaftar semakin ramai.
“Diharap tidak akan timbul lagi sebarang isu mengenai pemindahan ini di masa akan datang,” jelasnya.
Tinjauan sumber ke tapak baharu tersebut mendapati suasananya semakin meriah dengan kehadiran pengunjung dan aktiviti pertandingan mewarna untuk kanak-kanak turut diadakan.
Seorang pengunjung ditemui, Zainol Ahmad, 40-an, berkata, keadaan pasar di tapak tersebut dilihat lebih tersusun dan memberi keselesaan kepada orang ramai.
“Apa yang penting, kemudahan seperti tempat letak kereta dan tidak mengganggu lalu-lintas.
“Sebagai pengunjung kita mahu suasana selesa dan barang jualan dapat memenuhi keperluan kami,” katanya.
Dalam pada itu, pertandingan mewarna dijadikan aktiviti sampingan dalam mempromosi tapak pasar tersebut mendapat penyertaan seramai 120 peserta terdiri daripada murid tabika dan pra-sekolah sekitar daerah ini.

Sumber: Sinar Harian