Jabatan Pendaftaran Negara Tutup 2 Hari Hujung Minggu Ini, Kaunter UTC Buka

KUALA LUMPUR - Kaunter hujung minggu Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan ditutup dua hari bermula Sabtu ini sempena sambutan Maulidur Rasul.

JPN dalam satu kenyataan hari ini berkata, bagaimanapun penutupan itu tidak melibatkan kaunter JPN yang beroperasi di pusat transformasi bandar (UTC).

Orang ramai boleh menghubungi Pejabat Perkhidmatan Pelanggan di talian 03-88808203/7077/7071/7067 untuk maklumat lanjut. - Bernama