Kalimah Bismillah Tiba-Tiba Muncul Di Skrin Kalkulator Rosak?


SubhanAllah..! Allah SWT  itu yang Maha Besar dan Dia sahajalah yang menentukan kehendakNya terhadap makhluk.

Dilaporkan "viral" di laman-laman sosial perihal kalimah "Bismillah-ir-Rahman-ir-Rahim" yang dikatakan tiba-tiba muncul di paparan sebuah kalkulator yang ditemui pasca banjir di Kampung Kemubu, Kuala Krai, Kelantan.

Menurut sumber, kalkulator itu dikatakan ditemui dalam keadaan rosak teruk oleh seorang lelaki yang dikenali sebagai Mohd Zuhairy Ismail, 32.

Difahamkan bahawa melihat keajaiban yang dizahirkan Allah SWT itu, Zuhairy kemudiannya telah mengirimkan gambar berkenaan kepada sebuah laman fan page Facebook, Sukan Star TV, baru-baru ini.

Walau bagaimanapun, sebahagian komuniti internet menganggap semua perkara boleh berlaku atas kehendak Allah, namun ada juga yang sangsi dan berpandangan ia boleh dibuat dengan meletakkan "wallpaper" di belakang skrin kalkulator berkenaan. -Kedahnews.com