Florida - Kematian tragik seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang tertembak
dirinya sendiri dengan pistol milik bapanya, mengejutkan penduduk
setempat.
Kaleb Ahles berada dalam kereta bapanya apabila dia menemui pistol berisi peluru dalam kotak sarung tangan.
Kejadian itu mengakibatkan ibu dan bapanya terpaksa berpindah dari rumah mereka kerana tidak dapat menanggung kesedihan.
Menurut polis, ibu bapanya mendengar bunyi tembakan dari dalam kereta ketika sedang mengangkat barang.
“Mereka telah memastikan kotak simpan sarung tangan itu selamat namun perkara buruk berlaku,” katanya..
Mereka cuba memberikan rawatan CPR untuk menyelamatkan Kaleb namun kanak-kanak itu menghembuskan nafas di hospital.
Pihak berkuasa juga memutuskan untuk tidak mendakwa pasangan suami isteri berkenaan.
“Saya tidak rasa apa-apa bentuk hukuman dapat menghukum mereka kerana
mereka sendiri telah menerima hukuman yang akan kekal sepanjang hayat
mereka,’’ kata polis. -Agensi