Kasihan... Puteri Balqis Enggan Keluar Rumah Gara-Gara Diejek

Puteri Balqis

Kerana perbalahan dan kontroversi yang tercetus oleh golongan dewasa, pelakon kanak-kanak comel berbakat besar, Puteri Balqis menjadi mangsa keadaan.

Puteri Balqis dikatakan sedang terganggu emosi dan sangat tertekan dengan kontroversi yang terpalit akibat salah faham antara bapanya, Azizi Aziz, dengan suami kepada pelakon dan penerbit drama Sheila Rusly, iaitu Jinggo.

Lebih teruk lagi, pelakon cilik itu dikatakan sering diejek orang sekeliling hingga dia enggan keluar rumah gara-gara terlalu malu.

Menurut ibu bapa Puteri Balqis, anak mereka itu sememangnya merupakan seorang yang suka berahsia dan memendam rasa.


sehil-630x457-630x457

Sebelum ini, Jinggo atau nama sebenarnya, Azman Yahya telah memuatnaik di akaun Facebook peribadinya screenshot perbualan Whatsapp melibatkan bapa Balqis yang telah merujuk JS Pictures miliknya sebagai produksi ‘bodoh’.

Ekoran itu, ibu Puteri Balqis tampil menjawab bagi mengelak dari sebarang salah faham yang mungkin tercetus dari tuduhan pengarah terkenal itu.

Tegas Norashikin Mohd Aziz, dia kecewa dengan dakwaan pengarah tersebut yang cuba menjatuhkan reputasi anaknya sebagai pelakon selain mendedahkan syarikat JS Picture tidak profesional kerana membatalkan kontrak pada saat-saat akhir.

Kedahnews.com mendoakan agar Puteri Balqis tabah dan kuat dalam menghadapi kontroversi tersebut meskipun ia tidak sewajarnya berlaku pada pelakon berpotensi itu di peringkat umur yang masih muda.

Mohon supaya pihak Jinggo dan ibu bapa Puteri Balqis segera menggunakan kaedah Islam mengikut konsep syura dan dapat berbincang dengan baik bagi merungkaikan kekusutan yang berlaku, sekaligus tidak terus menjadikan pelakon kanak-kanak itu menjadi mangsa keadaan.

Islam itu bersifat lengkap dan sempurna. Rujuklah pada Islam bagi setiap masalah yang timbul. InsyaAllah dipermudahkan segalanya... -Kedahnews.com