Gambar Hiasan |
Entah mengapa, pagi itu, dia bagaikan mendapat hidayah daripada Allah, betapa selama ini dia berprasangka buruk kepada Tuhan pencipta alam. Tuhan yang juga menciptakan dirinya menjadi makhluk di muka bumi ini.
Tujuh tahun yang lalu, dia terlalu beremosi. Menyalahkan semua yang ada termasuk Tuhan yang selama disembah tanpa meninggalkannya walau satu waktu. Namun ternyata, ketaatannya selama ini diuji dengan ujian yang cukup berat buat dirinya.
Terlalu sukar untuknya menerima kenyataan dan takdir Allah. Ariff ternyata menyesali apa yang telah dilakukan dan ternyata dalam keburukan yang Allah berikan kepadanya, rupanya didatangkan cahaya yang semakin menyinari kehidupannya.
Muhammad Ilham, begitulah nama insan yang membuatkan dirinya berubah seketika. Daripada seorang yang taat menunaikan perintah Allah, Ariff mula culas menjalankan kewajipannya sebagai seorang Muslim.
Tujuh tahun yang lalu, hati Ariff berdebar-debar menunggu saat isterinya diusung ke luar daripada bilik bersalin. Dua jam menunggu, akhirnya seorang jururawat memanggilnya masuk untuk bertemu dengan doktor yang menyambut kelahiran Muhammad Ilham.
“Bagaimana isteri dan anak saya doktor?” Spontan kata-kata itu keluar daripada mulutnya. “Isteri dan anak encik selamat,” kata doktor tersebut. Ariff mengurut dada sambal menarik nafas lega. “Tapi…, “ kata-kata doktor itu membuatkan dada Ariff berdebar sekali lagi.
“Tapi apa doktor?” Tanyanya tidak sabar. “Tenang encik Ariff. Pihak kami masih memantau keadaan bayi encik Ariff. Cuma, kelahirannya tidaklah sempurna seperti bayi-bayi yang lain. Bayi encik Ariff cacat sebelah tangan,” kata doktor dengan nada yang cukup berhati-hati.
Ariff bagaikan tidak mahu percaya terhadap perkara yang disampaikan. Dia tiba-tiba berubah. Tidak seperti bapa-bapa lain yang ceria menyambut kehadiran anak sulung, namun Ariff tidak begitu. Dia sentiasa menyalahi takdir yangmenimpa nasib bayinya.
Sering kali terkeluar daripada mulutnya, mengapa Allah memberikannya anak sedemikian walhal dia tidak pernah engkar terhadap Allah. Apatah lagi melakukan perkara-perkara maksiat dalam kehidupannya.
Ariff mencari-cari di mana silapnya. Puas isterinya memujuk agar Ariff menerima apa yang telah ditakdirkan untuk mereka. Namun Ariff terus menyalahi Allah dan beranggapan Allah telah melakukan kezaliman kepadanya.
Lama Ariff memujuk hati. Namun sukar! Dia tidak mampu untuk melakukannya. Ariff seakan menjauhkan dirinya daripada Muhammad Ilham. Dia sering berkata, keturunannya tidak melahirkan anak yang cacat. Tersentuh hati si isteri. Namun apakan daya, tiada lagi upaya dirinya untuk mengubah sikap Ariff yang menolak takdir Allah.
Muhammad Ilham membesar tanpa perhatian si bapa. Namun si ibu memujuk, papanya sibuk. Seakan faham, Muhammad Ilham tidak banyak meragam. Namun semenjak kehadiran Muhammad Ilham, hidup Ariff banyak berubah.
Dalam beberapa tahun sudah tiga kali Ariff dinaikkan pangkat. Gaji yang ditawarkan kepadanya juga agak lumayan. Rezekinya mencurah-curah. Daripada kereta kecil kini dia boleh bergaya dengan kereta besar.
Begitu juga daripada rumah apartment, kini dia mampu untuk membeli rumah teres Semi-D. Setiap projek yang dikendalikan dipermudahkan dan menunjukkan prestasi yang membanggakan syarikat.
Dulu dia tidak begitu. Ada sahaja halangan yang terpaksa ditempuh. Lama Ariff termenung. Dan akhirnya dia mula sedar, sejak kehadiran Muhammad Ilham, Allah memberikannya sesuatu yang lebih baik di sebalik kekurangan yang ‘dihadiahkan’.
“Ya, Allah, apa yang telah aku lakukan...,” rintih Ariff dalam diam. -Utusan