Gambar Hiasan |
KULIM - Hakisan tebing sungai yang kerap berlaku di beberapa kawasan di
daerah ini sejak beberapa bulan lalu apabila tibanya musim hujan
berpunca dari aktiviti mengorek dan pengambilan pasir sungai.
Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan, Badrul Hisham Hashim berkata, kerajaan telah membuat keputusan tidak akan mengeluarkan lesen untuk pengusaha aktiviti mengorek pasir pada tahun ini.
Menurutnya, aktiviti tersebut bukan sahaja memberi kesan terhadap tebing sungai yang semakin terhakis malah merosakkan ekosistem alam semula jadi.
“Kita mengambil iktibar apa yang berlaku di Kelantan seperti aktiviti pembalakan yang menjadi salah satu penyebab berlakunya banjir lumpur dan merosakkan ekosistem alam semula jadi.
“Kita juga tidak akan mengeluarkan lesen baharu untuk aktiviti mengorek pasir kerana rakyat akan menanggung akibatnya seperti kerosakan harta benda dan sebagainya,” katanya pada sidang media selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Mangsa Banjir di Pantai Timur oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) Kulim Hi-Tech, semalam.
Badrul berkata, kerajaan negeri juga akan mengambil langkah memberi kursus kepada pengusaha pasir supaya mereka dapat mematuhi syarat yang ditetapkan.
“Sekiranya kita membuat pemeriksaan mendapati mereka tidak mematuhi syarat selepas berkursus, kita akan menarik lesen tersebut. Sudah banyak premis yang kita ambil tindakan,” katanya.
Sebelum ini, akhbar ini melaporkan beberapa kawasan perumahan di daerah ini berdepan masalah tebing sungai yang semakin terhakis seperti Taman Rambai-Nenas, Kampung Mahang 2 dan lain-lain.
Ia juga menyebabkan struktur dinding rumah penduduk di kawasan itu mengalami kerosakan termasuk retak.