Kementerian Pendidikan memandang serius dan sedang menyiasat kes kegiatan buli terhadap seorang murid sekolah rendah di Jalan Tanjung Bendahara, Alor Setar yang tersebar di laman sosial baru-baru ini.
Menurut Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan, walaupun kes tersebut telah diselesaikan secara bersama oleh pihak sekolah dan ibu bapa pelajar terbabit, pihaknya akan tetap mengambil tindakan bagi memastikan kegiatan buli itu tidak terus berulang.
“Siasatan berhubung kes tersebut telah dijalankan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Kedah dan kita mendapati mangsa kini sudah berada dalam keadaan baik tanpa sebarang kecederaan fizikal.
“Namun, kita amat kecewa dengan insiden buli itu dan akan mengambil langkah sewajarnya supaya gejala tersebut tidak terus berleluasa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Video yang membongkar kegiatan buli itu dikesan tersebar sejak Jumaat lalu di laman sosial Facebook dan WhatsApp.
Video selama satu minit 51 saat itu menunjukkan mangsa menangis sambil empat murid lain berterusan menyepak, menolak dan menyerkup bakul sampah ke kepalanya termasuk meletakkan penyapu di muka mangsa.
Dalam pada itu, Kamalanathan turut meminta kerjasama serta komitmen daripada pihak sekolah, guru dan ibu bapa bagi mengatasi kegiatan buli di negara ini.
“Kita sentiasa memandang serius perkara ini dan mengharapkan agar semua pihak dapat membantu memberikan kerjasama supaya misi sifar buli dalam kalangan pelajar dapat direalisasikan,” katanya. -Utusan