Mungkin kenyataan dari pelakon cantik manis, Hanis Zalikha, ini bakal meremukkan hati para peminat lelaki yang menaruh hati pada blogger tersebut, terutama pemilik Facebook "Amran Fan" yang sememangnya diketahui meminati selebriti tersebut.
Sebagaimana maklum, kisah jalinan cinta antara Hanis Zalikha dan pelakon
Hairul Azreen sudah pun mula memasuki episod baru
apabila mereka kini sedang merancang langkah masuk ke gerbang alam
perkahwinan.
Bagi Hanis, dia menginginkan satu majlis perkahwinan
yang tidak terlalu mengambil konsep kebaratan seperti mana yang menjadi
trend sekarang.
“Cukup majlis nikah diadakan di rumah keluarga saya di Bukit
Jelutong dan paling penting makanan yang dijamukan kepada tetamu kena
sedap. Biar tetamu yang datang puas hati dan tersenyum. Lagipun saya ini
memang jenis kaki makan. Jadi bab makanan itu sangat penting.
“Hanya majlis resepsi saja berkemungkinan besar diadakan di
hotel. Ikutkan hati nak nikah pakai songket tapi jenis kain itu akan
buat saya cepat berpeluh kalau majlis nikah dibuat di rumah.
"Saya juga
impikan bunga manggar diarak dari kaunter pengawal hingga ke rumah,”
katanya memetik laporan sebuah akhbar harian baru-baru ini.
Hanis turut menjelasakan bahawa majlis perkahwinan mereka berkemungkinan besar
akan diadakan pada tahun ini juga, namun sehingga kini perbincangan di
antara kedua-dua belah pihak masih belum dapat dilakukan kerana
kesibukan kerja masing-masing.
Pada Ahad lalu, Hairul membuat kejutan melamar Hanis pada konsert akhir
Gegarvanza yang mendapat pelbagai reaksi berbeza daripada kalangan
pemerhati industri hiburan tempatan, termasuk seorang ustaz yang mengatakan tindakan itu bertentangan dengan budaya Islam dan masyarakat Melayu.
Kedahnews.com ingin mengucapkan tahniah kepada Hanis dan Hairul atas kenyataan tersebut dan berharap kedua selebriti itu akan berjaya mendirikan "masjid" yang diredhai Allah SWT.
Buat Amran pula, kami ucapkan "takziah" dan percayalah bahawa jodoh itu sudah ditentukan Allah SWT sejak di Lauhul Mahfuz lagi. Bersabarlah, jangan hiris lengan lagi yer...! -Kedahnews.com