NEW YORK – Seorang lelaki kerdil menerima pujian daripada peminat
sukan bola keranjang kerana memiliki kemahiran yang tinggi dan mampu
bersaing dengan lawan yang dua kali ganda lebih tinggi.
Lelaki tersebut, Jahmani Swanson, 29, yang memiliki ketinggian 1.34
meter juga dianggap setanding pemain legenda bola keranjang, Michael
Jordan selepas berjaya membantu pasukannya memenangi pelbagai kejohanan.
Swanson kini bintang utama pasukan New York Towers yang beraksi dalam liga bola keranjang orang kerdil di Amerika Syarikat.
Sejak beraksi dalam pasukan tersebut, Swanson sering membuat penonton
terpegun dengan kemahirannya di atas gelanggang dan kemampuannya
menjaringkan gol.
“Ramai peminat percaya saya boleh menjadi pemain bola keranjang terkenal dunia jika saya memiliki tubuh badan yang tinggi.
“Bagaimanapun, saya tidak pernah berasa sedih dilahirkan sebegini kerana percaya saya dianugerahkan bakat yang luar biasa ini.
“Saya sentiasa bersemangat untuk memajukan diri dan terasa teruja
apabila berdepan lawan yang lebih tinggi dari saya,” katanya. – Agensi