Kereta "Back To The Future" Ada Di Miri, Sarawak?

Kereta mirip Delorean DMC-12 yang diubahsuai seperti kereta digunakan dalam filem Back To The Future ini ditemui di Miri.
Bagi para peminat filem Back To The Future lakonan Michael J Fox pastinya pernah tidak lupa pada kelibat kereta model DeLorean DMC-12 yang diubahsuai menjadi mesin merentas masa dalam filem cereka sains fiksyen itu, bukan?

Filem berkenaan yang "meletop" pecah panggung telah diterbitkan oleh pengarah filem terkenal, Steven Spielberg, pada 1985 dan diarahkan oleh Robert Zemeckis.

Namun maklumat yang kami terima dari laman Facebook menjelaskan bahawa sebuah kereta telah dikesan sangat mirip seakan-akan kereta digunakan dalam filem berkenaan kini difahamkan sedang berada di Miri, Sarawak.

Bagaimanapun, malangnya gambar kereta itu tidak disertakan dengan maklumat lanjut dan individu yang memuatnaik gambar berkenaan juga meminta pengguna Facebook lain yang mempunyai maklumat tambahan terutama tentang pemilik kereta epik tersebut memaklumkan padanya. 

Gambar yang dimuat turun di laman sosial itu memaparkan kereta mirip ikon "Back To The Future" itu ditempatkan di bawah sebuah kawasan parkir berbumbung di sebelah sebuah kereta BMW.

Tayar hadapan sebelah kirinya bagaimanapun didapati telah pancit, mungkin kerana kereta tersebut telah diparkir di situ dalam tempoh jangka masa yang lama.
Kereta Delorean yang digunakan dalam filem sekual Back To The Future III.
Back To The Future mengisahkan tentang Marty McFly (Michael J Fox), seorang remaja yang secara tidak sengaja dihantar kembali ke zaman silam 1985-1955 di mana dia berpeluang bertemu ibu bapanya di sekolah tinggi. 

Di sini berlaku insiden yang boleh mengubah sejarah jadi Marty harus membetulkan keadaan semula.

Saksika klip video yang memaparkan scene pertama mesin masa ciptaan Doc Brown menggunakan kereta DeLorean diperkenalkan kepada Marty bagi mengimbau semula nostalgia filem epik itu. -Kedahnews.com