Kes Altantuya: Sirul Azhar Telah Ditahan Di Australia


Anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Koperal Sirul Azhar Umar dilaporkan sudah ditahan oleh pegawai imigresen di Queensland, Australia atas sabitan kes bunuh Altantuya Shaariibuu, lapor ABC News hari ini.

Difahamkan bahawa Sirul ditahan di sekitar Brisbane selepas Interpol mengeluarkan notis merah semalam terhadap anggota UTK itu yang dijatuhi hukuman gantung atas sabitan kes bunuh pada 2006.

Sehingga kini, Sirul masih lagi ditahan pegawai imigresen Queensland tetapi tidak dapat dipastikan sama ada mereka bersedia untuk menyerah balik beliau ke Malaysia atau tidak.

Sirul dan Cif Inspektor Azilah Hadri didakwa membunuh Altantuya pada 2006 dan disabitkan kesalahan pada 2009. -Agensi