Kes Bunuh Suami Isteri Di Baling, 5 Orang Kampung Ditahan

Mayat terbaring di atas simen berdekatan tangga bahagian dapur di luar rumahnya selepas dipercayai menjadi mangsa kes bunuh di Kampung Ketemba, Jalan Kuala Balut Kuala Pegang di sini, semalam. - Foto BERNAMA

ALOR SETAR – Polis menahan lima suspek bagi membantu siasatan kes pembunuhan pasangan suami isteri warga emas di Kampung Kuala Balut, Kuala Pegang, Baling semalam.

Ketua Polis Kedah, Datuk Zamri Yahya berkata, suspek dalam usia 20-an merupakan penduduk di kampung tersebut.

“Kita tahan mereka yang berperangai buruk, tetapi tiada tangkapan dibuat,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, Elias Hassan, 65, dan isterinya Saayah Mat Tahir, 54, ditemui dengan kesan tikaman di rumah mereka yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kecuriankambing milik mereka. – BERNAMA