Warren Holbrook |
Kisah seorang bekas tentera British yang ingin menjejaki kekasihnya 47
tahun lalu yang merupakan seorang wanita Melayu menjadi viral dan
pembualan hangat masyarakat Malaysia.
Rata-rata menzahirkan perasaan kagum akan kesetiaan dan kesanggupan
Warren Holbrook, 69 yang ingin bertemu kembali bersama Wan Jamilah.
Gambar Holbrook bersama Wan Jamilah dahulu. |
Ternyata usaha dan kerja keras Holbrook berhasil apabila dia
berkesempatan untuk bersembang bersama Jamilah menerusi telefon
kira-kira pukul 10.15 pagi tadi.
Menurut laporan The Star, Wan Jamilah sudah berkahwin dan kini menetap di Australia bersama dua anak dan seorang cucu.
Keratan akhbar perkahwinan Wan Jamilah. |
“Jamilah kini menetap di Melbourne dan terkejut apabila mengetahui
saya sedang mencarinya. Dia gembira dan kami bercakap selama kira-kira
10 minit,” kata Holbrook.
Holbrook memberitahu pada awalnya dia turut menerima panggilan
daripada bekas abang ipar Jamilah pada kira-kira pukul 9.30 pagi yang
juga kenalannya suatu ketika dahulu.
Menceritakan tentang Jamilah, Holbrook berkata Jamilah telah
berkahwin dengan seorang rakyat Australia pada tahun 1971 dan telah
menetap di Australia.
“Dia mempunyai seorang anak perempuan berusia 41 tahun dan anak
lelaki berumur 39 tahun. Saya sekarang ada nombor telefonnya dan kami
akan berhubung.
Difahamkan, Jamilah akan pulang setahun sekali bagi menziarahi saudara-mara di Pulau Pinang.
Sementara itu, Holbrook mengucapkan terima kasih bantuan dan
keprihatinan semua pihak yang mengirimkan kata sokongan dan membantunya
dalam menemui Jamilah.
Bagaimanapun, Holbrook yang ditemu ramah sebuah radio tempatan semalam akui masih lagi membujang.