Kisah Lelaki Tua Di Sebalik Belukar Rimba Ibu Negara

Dalam pada isu-isu perkauman banyak dihujah dan diperdebatkan di medium moden seperti internet dan telefon bimbit, siapa sangka, masih wujud ikatan perpaduan antara warga emas berketurunan Melayu dan Cina di hutan kecil yang terletak di pinggir Kuala Lumpur.

Memetik laporan dari portal The Malaysian Insider, kisah tersebut diceritakan sendiri oleh empunya diri, Mohamed Dris, 74, yang mula dikenali ramai setelah berita tentang kehidupan daifnya dipaparkan di media cetak dan elektronik baru-baru ini.

Mohamed-Dris-74

Mengimbau kembali kisah tragis hidup warga emas ini, dia telah menjadikan hutan berdekatan Wangsa Melawati sebagai kawasan kediamannya lebih dari 30 tahun. Namun, baru-baru ini, dia ditemui di situ oleh sepasukan anggota polis.

Namun demikian, lelaki tersebut menceritakan, dia tidak tinggal berseorang di kawasan tersebut kerana ditemani oleh seorang lagi warga emas berbangsa Cina, Ah Tuck, 70.

“Saya tinggal bersama seorang Cina tua. Gigi dia pun sudah tidak ada, mata sudah tidak terang,” ujar Mohamed ketika ditemubual portal berkenaan.

Katanya lagi, “Saya kasihan dia pun tua. Dia adik-beradik banyak tetapi dia tidak bersetuju dengan adik-beradiknya.”

MOHAMED DRIS_SOCIETY_HOMELESS

Kini, Mohamed tidak lagi tinggal di pondok uzur yang menjadi kediamannya selama puluhan tahun setelah seorang individu prihatin menawarkan tempat tinggal buat warga emas itu di sebuah rumah kedai.

Namun demikian, ‘jirannya’, Ah Tuck masih lagi tinggal di kawasan tersebut dan dia gembira apabila mengetahui bahawa Mohamed telah dipindahkan ke kediaman yang lebih selesa.

MOHAMED DRIS_SOCIETY_HOMELESS

Lelaki warga emas yang bekerja sebagai pengawal keselamatan itu berkata, dia selesa dengan kediamannya sekarang dan akan terus tinggal di situ.

“Saya tidak mahu rumah. Mana tahu esok pun saya ‘pergi’.

Saya dulu potong getah tetapi orang sudah banyak tebang pokok. Kamu pun belum lahir,” ujarnya ketika ditemubual.

Cerita Ah Tuck lagi, rakannya, Mohamed pernah berkenalan dengan seorang wanita berbangsa India selama beberapa tahun sebelum ini, namun wanita tersebut telahpun meninggal dunia.

“Dulu dia ada suka sama seorang perempuan India, kawan enam tahun tapi sekarang sudah mati. Dulu dia duduk SS2 Wangsa Maju.

Dia pernah beli semua wang KWSP dia pada perempuan itu. Sekarang orangpun tak nak datang jenguknya.”

Kisah menghayat hati kedua-dua insan ini patut menjadi teladan buat anak muda dan masyarakat Malaysia secara umumnya, tentang bagaimana dua individu yang berbeza latar belakang, saling menjaga antara satu sama lain.




Sumber: Mynewshub.cc