KPN: Kerana Perangai Beginilah Akta Hasutan Perlu Di Malaysia

KELANTANGAN sesetengah individu dalam mempersoalkan hal-hal sensitiviti kaum dan agama adalah di antara sebab mengapa Akta Hasutan perlu dikekalkan dalam negara kita.

Menurut Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, kenyataan-kenyataan sebeginilah yang dikhuatiri boleh menjejaskan keharmonian antara kaum di Malaysia.

Sebagai contoh, kenyataan daripada Ahli Parlimen DAP Kampar, Dr Ko Chung Sen, yang mahu mengarahkan subjek Tamadun Islam di mana-mana Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) dihapuskan.

Selain itu, kenyataan ‘tidak berasas’ Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Malaysia, Eric Paulsen yang mendakwa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mempromosikan fahaman ekstrem setiap Jumaat juga berkemungkinan dikhuatiri boleh menimbulkan ketegangan di antara kaum.

igp1
igp

Memang tidak dapat dinafikan, negara kita mengamalkan kebebasan bersuara yang diberikan oleh Perlembagaan mengikut lunas-lunas dan had-had yang telah ditentukan.

Kebebasan bersuara dihadkan kepada kata-kata yang tidak menjadi fitnah, kata-kata yang tidak menjadi hasutan, kata-kata yang tidak mencerca mahkamah atau yang melanggar hak keutamaan Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.

Mungkin kedua-dua individu di atas ini perlu terlebih dahulu memahami apa itu kebebasan bersuara di Malaysia sebelum mengeluarkan kenyataan yang mungkin boleh diambil tindakan di bawah Akta Hasutan.


Sumber: Mynewshub.cc