BULGARIA – Seekor kucing yang mencetuskan panik di kalangan penduduk
di sebuah kawasan pelancongan yang terkenal, Varna, kerana berwarna
hijau, kini dilaporkan sudah kembali kepada warna asalnya.
Menurut sumber kucing berkenaan telah "dibersihkan" oleh aktivis pencinta alam dari masa ke masa, setelah berjaya
menjejaknya sejak berita mengenai haiwan peliharaan itu tersebar meluas ke serata duina.
Difahamkan bahawa aktivitis-aktivis tersebut berbuat demikian ekoran timbul perasaan kurang senang dengan warna "tiruan" itu dari terus "menghantui" dan melekat pada kucing tersebut.
Namun biarpun sudah dibersihkan kumpulan aktivis berkenaan, masih terdapat sedikit kesan hijau pada bulunya.
Kucing terbabit menjadi liputan media di seluruh dunia sekitar tahun lalu setelah ia
mengejutkan penduduk kerana berwarna hijau.
Menurut laporan, kucing berkenaan dipercayai bertukar berwarna hijau
kerana sering tidur di sebuah premis tapak pembinaan di sekitar Varna yang mengandungi lebihan cat berwarna hijau. -Kedahnews.com