Sekiranya anda ke Alor Setar, antara destinasi terbaik untuk "jalan-jalan cari makan" yang menjadi tumpuan ramai ialah restoran Iman Kuey Teow yang terletak berhampiran Taman Pandan, di jalan Sultanah (sambungan).
Menyajikan kuey teow kerang dan char kuey teow sebagai menu utama, restoran berkenaan menjadi tumpuan ramai seawal jam operasinya pada kira-kira jam 5 petang.
Menurut tinjauan Kedahnews.com, tidak pernah restoran tersebut tidak berpelanggan dan keadaan tersebut berterusan hingga ke awal pagi sekitar jam 1 atau 2 pagi. Pendek kata, tidak pernah kosong tidak berpelanggan!
Menurut sumber tempatan, restoran berkenaan pada asalnya hanya berniaga secara kecil-kecilan yang hanya menjual kuey teow kerang, kuew teow telur, char kuey teow dan nasi lemak "bundle" sahaja di pinggir kawasan perumahan berdekatan.
Ramaiiiii...kan? |
Kemudian, perniagaan yang bermula sejak tahun 1985 itu berkembang maju dari hari ke hari sehingga mampu memiliki tiga buah rumah kedai di Taman Pandan untuk beroperasi.
Dikatakan bahawa antara faktor keistimewaan keuy teow di situ adalah sudah semesti melibatkan keenakan kuew teow kerang, selain konsep "open air" di situ.
Siapa yang pernah merasa, pasti tidak lupa dan akan kembali menikmati kuey teow di restoran itu.
Meskipun memiliki 3 unit premis di situ, pemiliknya lebih gemar menggoreng kuey teow di luar, berhadapan dengan restoran tersebut.
Menariknya, pemilik restoran itu sendiri yang menggoreng kuey teow dan tidak mengharapkan para pekerjanya untuk mengambil tugas tersebut.
Menurut sumber itu lagi, pemilik Iman Kuey Teow amat mengambil berat soal kebersihan di lokasi perniagaannya di mana mereka akan menjalankan tugas-tugas pembersihan setiap kali tamat waktu perniagaan.
Selain itu, restoran berkenaan turut menyajikan makanan sampingan seperti makanan barat, ala Thai, nasi ayam, sate dan sebagainya.
Jangan lupa mencuba kuew teow Iman jika bertandang ke Alor Setar!