Lamaran Atas Pentas: "Murahnya Nilai Artis Kita!" -Azwan Ali

NAMPAKNYA adegan pelakon dan juara Fear Factor Hairul Azreen melamar kekasihnya, Hanis Zalikha di atas pentas program Gegar Vaganza turut mendapat perhatian ‘diva’ mulut laser, Azwan Ali untuk mengulas.

Menerusi akaun Twitternya semalam, Azwan menyifatkan perbuatan melamar itu sebagai ‘murahan’.

azwan

Kenyataan Azwan itu kemudiannya disambut dengan pelbagai pendapat oleh para pengguna laman mikro tersebut.

Ada yang setuju dan ada pula yang meminta agar pengacara itu tidak menghakimi Hairul dan Hanis sewenang-wenangnya.

AA

Mungkin jika di negara Barat, perbuatan melamar sebegitu dianggap ‘sweet’ tapi di Malaysia yang terkenal dengan adat ini, mungkin ramai sukar menerimanya termasuk Azwan sendiri.

Apapun, sekurang-kurangnya dalam kes ini, kami puji tindakan Hairul terlebih dahulu meminta izin dengan ibu bapa Hanis sebelum melamarnya.

Tak adalah main redah saja kan?