KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang mendakwa ada pihak mewujudkan akaun Twitter palsu menggunakan identiti beliau untuk menyebarkan mesej dan grafik fitnah mengenai beliau.
Menurut Kit Siang, serangan yang turut berlaku ke atas akaun Twitter
beliau itu bermula selepas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
membuat kenyataan mengenai tragedi 13 Mei boleh berulang jika DAP
melaksanakan pilihan raya pihak berkuasa tempata (PBT) di Pulau Pinang.
“Sejak beberapa minggu lalu akaun Twitter saya aman daripada
serangan tetapi beberapa hari sejak kenyataan Abdul Hadi, ia menjadi
sasaran beberapa siri serangan menggunakan beberapa akaun palsu,
menyebarkan penipuan, mesej dan grafik fitnah.
“Salah satu tema serangan Twitter ini ialah menuduh saya
sebagai punca rusuhan kaum 13 Mei di Kuala Lumpur seperti Tweet berbunyi
“TAHUKAH ANDA? @limkitsiang adalah pencetus Rusuhan Kaum 13 Mei..
#DAPRasis #S14”,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Berang dengan "serangan" itu, Kit Siang menjelaskan bahawa satu lagi serangan ke atasnya menggunakan
grafik menampilkan dirinya sebagai seorang komunis berpakaian seperti
Mao Zedong dengan ayat berbunyi:
“MELAYU KELUAR! APA LAGI DUDUK SINI, KITA HENTAM LU, SEKARANG KITA SUDAH ADA KUASA” LIM KIT SIANG (BAPA 13 MEI)DAP dan Lim Kit Siang sebelum ini sering dikaitkan dengan "semangat" komunis meskipun pengganas itu telah menandatangani perjanjian damai dan perletakan senjata di Hadnyai pada tahun 1989. -Kedahnews.com