BAGAI rezeki datang bergolek.
Sekitar Pasar Borong Selayang, Selangor pagi semalam meriah bagai
pesta apabila orang ramai berpusu-pusu mengutip lambakan buah oren di
bawah flyover.
Ini berikutan terjadinya satu kemalangan kecil di atas flyover membabitkan sebuah lori kontena yang sarat membawa buah oren.
Insiden kira-kira pukul 8.30 pagi ini menyebabkan lori berkenaan ‘memburaikan’ kesemua muatan buah oren yang dibawa.
Bukan hanya penduduk tempatan malah warga asing seperti Nepal,
Bangladesh dan Vietnam sanggup bersesak-sesak mengambil buah oren
berkenaan.
Menurut sumber di tempat kejadian, bila terjadinya insiden seumpama
ini sememangnya sudah menjadi kebiasaan pihak peniaga tidak akan
mengambil buah-buahan tersebut kerana kebanyakannya sudah rosak dan
tidak boleh dijual.
Lori tersebut dipercayai mengalami masalah teknikal namun punca sebenar kejadian tidak dapat dipastikan.
Sumber: Mynewshub.cc