Polis kini memantau kegiatan di Madrasah Nurul Hidayah, Kuala Ketil sekiranya ia ada kaitan dengan bekas militan kelahiran daerah itu yang terkorban di Syria, Mohd Lotfi Ariffin. |
Madrasah bukan tempat untuk menyebarkan militan, dakwa abang kepada seorang anggota militan yang terbunuh.
Zainon Ariffin, 53, memberitahu The Star bahawa ucapannya yang disampaikan di Madrasah Nurul Hidayah dan disiarkan oleh akhbar The New York Times menerusi video bertajuk “The Jihadist in Our Family”
(Mujahid dalam Keluarga) pada 14 Januari lalu, telah disunting untuk
menjadikan dia kelihatan menyokong aktiviti militan yang dilakukan
adiknya, Lotfi Ariffin.
Lotfi terbunuh di Syria ketika sedang bertempur bagi kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis).
“Islam melarang keganasan, jadi tiada sebab saya bercakap tentang keganasan di madrasah,” kata Zainon.
Dia memperjelaskan bahawa Madrasah Nurul Hidayah, sekolah yang diasaskan bersama Lotfi, merupakan tempat mengajar tentang Islam.
Di dalam klip video itu, seorang pelajar lelaki di madrasah itu
dilihat mengatakan bahawa dia mahu mati sebagai syahid, di mana Zainon
berkata perkara itu telah ditafsirkan.
“Bila dia kata dia mahu mati syahid, ramai yang serta-merta
mengandaikan dia bermaksud akan pergi ke Syria dan bertempur, tetapi
bukan itu yang berlaku,” jelasnya.
Tambahnya, pandangan atau tindakan individu yang mengaitkan madrasah tidak bermakna madrasah adalah salah.
“Jika ia adalah individu yang melakukan perkara itu (militan), fokusnya adalah secara individu, bukan keluarga atau madrasah.”
Zainon berkata klip video tersebut turut memberi imej buruk terhadap Malaysia.
“Ia melihat seolah-olah Malaysia telah melahirkan militan dan saya tidak mahu negara saya ditunjukkan seperti itu,” katanya.
Beliau kesal klip video itu meraih perhatian yang tidak sewajarnya buat Madrasah Nurul Hidayah dan madrasah lain.
“Islam tidak membenarkan militan dan keganasan, jadi bagaimana boleh
madrasah, yang bertujuan untuk mengajar islam, menggalakkan aktiviti
militan dan keganasan?” katanya. -The Star