Mahkamah Putuskan "Milosuam" Bersalah

SEORANG blogger terkenal pro-PKR, hari ini disabitkan bersalah di bawah Seksyen 505, Kanun Keseksaan di Mahkamah Kota Kinabalu, Sabah.

Susulan itu blogger Milosuam atau nama sebenarnya, Yusuf Al Siddique Suratman, 30, dijatuhkan hukuman penjara maksimun 2 tahun.

Yusuf disabitkan bersalah melakukan khianat awam kerana memuatnaik artikel bertajuk “Pendatang asing bakal cetus huru hara di Sabah?” susulan insiden pencerobohan tentera Sulu di Lahad Datu pada 2013.

Dalam artikel tersebut yang turut diselitkan dokumen didakwa Yusuf diperoleh daripada pihak polis, dia membayangkan 1,500 pendatang asing mampu mencetuskan huru hara di Sabah, sekaligus didapati boleh mencetuskan ketakutan awam.

Mahkamah bagaimanapun membenarkan hukuman ditangguhkan sementara menunggu rayuan kes.

Dalam pada itu para peguam dari Lawyers for Liberty (LFL) menyifatkan keputusan mahkamah tersebut berbaur politik.

LFL mempertikaikan mengapa Yusuf didakwa dan dihadapkan ke mahkamah di Kota Kinabalu sedangkan dia ditahan di Kuala Lumpur pada Mei 2013.
 
Sumber: Mynewshub.cc