Sintok - Malaysia merupakan antara negara ASEAN berjaya di rantau ini meletakkan bidang pendidikan di landasan yang betul.
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kejayaan tersebut dapat dilihat pada kadar literasi yang rendah dalam kalangan rakyat negara ini.
Jelasnya, kejayaaan tersebut dihasilkan daripada usaha kerajaan pada setiap tahun yang selalu mengutamakan bidang pendidikan untuk diberi peruntukan yang tinggi di dalam Bajet.
“Kita tidak mengutamakan peruntukan kepada bidang ketenteraan tetapi lebih kepada bidang pendidikan. Tahap literasi negara tidak tinggi berbanding negara ASEAN lain, biarpun masih ada lagi rakyat yang masih tercicir,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas merasmikan Sidang Kemuncak Belia Universiti ASEAN (AUYS2015) di Universiti Utara Malaysia (UUM), di sini hari ini.
Sidang kemuncak yang pertama kali diadakan itu disertai kira-kira 300 penuntut universiti dari Indonesia, Thailand, Kemboja, Filipina dan Brunei.
Bertemakan ‘Jalinan Satu-Rangkaian Belia ASEAN Melalui Kesukarelawan’, seminar itu diadakan untuk wakil pelajar, mentor dan universiti dari negara ASEAN berbincang mengenai amalan terbaik bagi pembangunan pelajar, isu kesukarelawan, selain meningkatkan kerjasama antara universiti di rantau berkenaan.
Pada masa sama, Mukhriz berkata, kerajaan juga tidak mengamalkan dikriminasi gender kepada kaum wanita dalam bidang pendidikan di negara ini.
Beliau berkata, perkara itu dapat dilihat kepada penguasaan pelajar wanita di setiap institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.
“Selain itu, dapat dilihat dalam alam pekerjaan di mana semakin ramai wanita bersaing dengan pekerja lelaki, trend ini sangat baik tetapi masih ada ruang yang perlu diperbaiki lagi,” katanya.
Sementara itu, kerjasama rapat antara anggota negara ASEAN perlu terus diperkukuh bagi menjayakan pelan tindakan ASEAN Komuniti Politik-Keselamatan dan Sosio-Budaya Komuniti ASEAN.
Beliau berkata, dua pelan tindakan berkenaan dapat menjadi ruang penyelesaian terhadap isu berkaitan politik dan keselamatan tanpa mencetuskan sebarang konflik.
“Seperti yang kita lihat, ciri-ciri murni membabitkan aspek politik, keselamatan dan sosio budaya hanya dapat digunakan dalam pelan tindakan ini dan pastinya ia boleh direalisasikan untuk kebaikkan rakyat ASEAN dengan jalinan kuat dan perhubungan rapat antara anggota masing-masing,” katanya.-Utusan.