LONDON – Bekas penjaga gol Barcelona, Victor Valdes sudah menerima tawaran untuk menyertai Manchester United.
Pemain antarabangsa Sepanyol itu yang sudah berlatih bersama United
untuk pulih daripada kecederaan serius lutut bersetuju dengan kontrak 18
bulan.
Valdes, 32, memenangi enam gelaran La Liga dan tiga kejuaraan Liga
Juara-Juara Eropah bersama Barcelona sebelum meninggalkan kelab gergasi
itu musim lalu selepas kontraknya tamat.
Perjanjian baharu ini bakal menyaksikan penjaga gol simpanan, Anders Lindegaard bakal meninggalkan Old Trafford.
Kehadiran Valdes juga turut mencetus persoalan akan masa depan
penjaga gol berusia 24 tahun, David De Gea yang menjadi pemain terbaik
kelab, tahun lalu.
Kontraknya berakhir pada 2016.
Sumber: BBC Sport