Gambar Hiasan |
KUALA LUMPUR – Jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat
pemindahan di Sabah meningkat pagi ini kepada 1,233 orang berbanding
1,214 orang malam tadi.
Di Beaufort, Jurucakap Bilik Gerakan Banjir berkata bilangan mangsa
di dua pusat pemindahan kekal 195 orang daripada 42 keluarga sementara
di Membakut, dua pusat pemindahan di Dewan Baru Membakut dan SMK
Beaufort Dua merekodkan peningkatan jumlah mangsa seramai 1,038 orang
berbanding 1,019 orang semalam.
Di Sarawak, keadaan beransur pulih dengan 1,684 orang berada di pusat pemindahan berbanding 1,752 orang malam tadi.
Jurucakap Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata sembilan pusat
pemindahan masih beroperasi dengan Bahagian Samarahan menempatkan jumlah
mangsa paling ramai iaitu 788 orang, Limbang (570), Miri (249) dan
Mukah (77).
Di Kelantan, jumlahnya kekal 255 orang daripada 62 keluarga di lapan pusat pemindahan di Kuala Krai.
Jurucakap MKN berkata sehingga pukul 8 pagi, kesemua mangsa masih
ditempatkan di dewan sekolah, kilang dan masjid ekoran banjir bulan
lepas.- BERNAMA