SEMATA-MATA kerana rakan-rakan sekelas enggan mempercayai dia sudah
memiliki adik, seorang kanak-kanak perempuan bertindak membawa adiknya
yang baru dilahirkan ke sekolah.
Yang tragiknya, kanak-kanak ‘bijak’ itu memasukkan adiknya ke dalam
beg plastik bagi memudahkannya memegang bayi itu. Mesti kecil-kecil
‘terlebih’ minum susu sampai sel otak berkembang tak terkawal ni!
Menurut laporan akhbar tempatan Ain Ha’al, kejadian yang
berlaku di Riyadh, Arab Saudi itu melibatkan seorang murid sekolah
berusia tujuh tahun yang melakukan perkara berkenaan hanya untuk
meyakinkan rakan-rakannya.
Ketika kejadian, ibunya sedang tidur dan tidak sedar tindakan anak
perempuannya itu sehinggalah pembantu rumah menangis sambil meminta
tolong setelah tersedar kehilangan bayi majikannya.
Dalam pada itu, guru sekolah tersebut yang menemui bayi dalam beg
plastik kemudiannya menghubungi pihak polis serta keluarga kanak-kanak
tersebut untuk membawanya pulang.
Ketika disoal, murid itu berkata, tindakan tersebut dibuat kerana dia ingin menunjukkan adiknya itu kepada rakan-rakan sekelas.