Mengapa Awie Gelar Dirinya "Anak Derhaka"?


BARU-BARU ini kita dikejutkan dengan pemergian ibu kepada rocker terkenal tanah air, Awie.

Di saat menghadapi dugaan kehilangan ibu tersayang, Awie diketahui umum turut bergelut dengan kontroversi berkaitan kes dengan isterinya, Rozana Misbun.

Begitu pun, dia dilihat tetap tabah menghadapi keadaan.

Tapi apa yang pelik terdengar pula desas-desus mengatakan Awie telah menggelar dirinya sendiri sebagai ‘anak derhaka’.

Ish, dah kenapa sampai gelar diri anak derhaka ni? Adakah Awie telah membuat kesalahan besar kepada arwah ibunya?

Rupa-rupanya, Awie dikatakan berasa sedih kerana tidak dapat menjaga allahyarham ibunya  dalam tempoh lama, iaitu cuma sebulan sahaja sebelum pemergiannya.

“Saya ralat kerana arwah emak jaga saya selama 46 tahun namun saya hanya sempat menjaganya selama sebulan sahaja.

“Itu yang membuatkan saya sebak ketika membacakan talkin dan kerana itulah saya menggelarkan diri saya sebagai anak derhaka. Malah emak baru sahaja tinggal bersama saya namun saya sudah kehilangannya,” ujar Awie.

Apapun, tiada pemberian lebih berharga dan ditunggu-tunggu oleh ibu bapa yang telah pulang ke rahmatullah selain daripada doa yang diutuskan anak-anak.

Jadi kalau benar-benar sayangkan mereka, maka cuma itulah yang boleh jadi bukti kasih sayang padanya. 

Sumber: Mynewshub.cc