MESTI TONTON: Tandas Stesen Minyak Paling Best Di Dunia?


Kalau rasa macam nak "terkucil" atau terlalu berhajat untuk membuang air ketika dalam perjalanan, tandas di stesen-stesen minyak merupakan antara pilihan paling cepat dan pantas untuk ramai pengguna di negara kita.

Meskipun terpaksa berdepan dengan bau "harum" yang mampu membuat kita "muntah" dan keadaan tandasnya yang sangat "bersih", kita terpaksa jua akur ekoran "keadaan yang sangat-sangat memaksa", kan?

Selalunya, tandas di stesen-stesen minyak tidaklah sebersih atau seharum tandas di rumah kita.

Namun lain pula ceritanya bagi sebuah tandas di sebuah stesen minyak Shell di Bohol, Filipina ini.

Tandas berkenaan telah mendapat perhatian orang ramai di seluruh dunia selepas lelaki ini memuat naik keadaan tandas di stesen minyak tersebut.

Tidak dapat dipastikan sama ada pemilik stesen minyak Shell itu beragama Islam atau tidak, namun apa yang pasti tandasnya memang sangat cantik dan bersih, ditambah pula dengan hiasan yang kreatif!


Melihat kecantikan dan keunikan tandas stesen minyak yang terletak di negara bukan meletakkan Islam sebagai agama rasmi ini, ia pasti mampu menceriakan sesiapa pun yang mengunjunginya.

Harapan Kedahnews.com, sebagai sebuah negara Islam yang memiliki adab sopan dan budaya ketimuran yang mementingkan etika kebersihan,  kita juga bakal mempunyai stesen-stesen minyak yang memiliki tandas yang setanding dengannya.

Semoga pemilik-pemilik stesen minyak di Malaysia diberi ilham dan mengambil inisiatif supaya dapat mengambil contoh daripada stesen minyak di Filipina ini yang boleh dikira serupa macam tandas hotel 5 Bintang.

Jika tidak bertaraf 5 bintang sekali pun, 4 bintang pun jadilah...kan?

Namun jika ada "tauke" stesen minyak yang sanggup menyediakan kemudahan hebat seperti itu, harapnya pengguna pun memilik sikap dan akhlak 5 bintang jugalah, kan? 

Kalau tidak, tak gunalah ada tandas 10 bintang kalau mentaliti dan sikap pengguna di Malaysia hanya bertaraf 1 bintang. "Mengabihkan boreh je" kata orang.... -Kedahnews.com