Mi Udang Pulau Sayak Mampu Buat Anda Kecur Air Liur!


Lokasi perkampungan Pulau Sayak terletak kira-kira lebih kurang 30 kilometer dari bandar Sungai Petani, Kedah.

Sebelum ini, kita hanya mendengar nama Kampung Pulau Sayak ketika bulan Ramadhan menjelang kerana di situ terletak salah satu dari lokasi untuk melihat anak bulan bagi menentukan tarikh puasa dan hari raya bagi umat Islam di Malaysia.

Namun bagi penggemar "jalan-jalan cari makan", Pulau Sayak merupakan destinasi wajib, khususnya kepada mereka yang gemar menjamah kelazatan udang.

Ya. Pulau Sayak sememangnya terkenal dengan kehebatan mi udang yang sangat istimewa dan hanya mereka yang pernah merasa sahaja yang tahu betapa sedapnya menikmati keenakan mi udang di sana.

Berlatar belakangkan keindahan tepi pantai berteluk dengan angin laut sepoi-sepoi bahasa, kelazatan mi udang mampu mengecurkan air liur para pengunjung di situ.

Meskipun kedudukan lokasinya yang agak terpencil, namun dek kerana kehebatan rasa mi udang di situ, orang ramai sanggup memandu jauh dari selatan tanahair menuju ke restoran-restoran kecil di Pulau Sayak.

Jadi, jangan lepaskan peluang sekiranya berkunjung ke negeri Kedah!

Keenakan mi udang Pulau Sayak pasti tidak akan mengecewakan anda... -Kedahnews.com