Model Seksi Terkenal Kini Derita Peha Mereput!


Dulu, wanita ini  mahu seluruh wanita di dunia memandangnya dengan penuh rasa cemburu terhadap kemontokan tubuhnya yang seksi dan mengiurkan. Dia begitu berbangga apabila turut dijadikan "bahan penarik" sempena kejohanan bola sepak Piala Dunia yang berlangsung di negaranya.

Malah dek kerana terlalu taksub pada kecantikan diri dan tubuh badannya, dia sanggup melakukan pelbagai pembedahan plastik bagi memastikan dia terus "hangat" di mata orang ramai.

Namun kini, bekas ratu cantik dan merupakan seorang model terkenal Brazil terpaksa bertarung nyawa dan menanggung derita sepanjang hayat gara-gara pendirian melampau tersebut.

Andressa Urach, 27, akhirnya mengaku keinginan terlampau itu telah mengubah seluruh hidupnya, sekaligus memberikan pengajaran paling pahit untuk dikenang sepanjang hayat.

"Saya ketagihan pembedahan plastik.

"Pada masa itu, saya hanya mahu orang lain memandang saya dengan penuh rasa cemburu," katanya seperti yang dipetik menerusi Mail.Online.

Kata Urach, keinginan yang begitu tinggi untuk mencantikkan lagi pehanya membuatkan dia mengambil keputusan untuk menjalankan rawatan kaedah menyuntik pehanya dengan (filler) bahan kimia, hidrogel dan polymethylmetacrylate (PMMA).

Malan baginya apabila bentuk peha yang diidamkan tidak kesampaian apabila doktor mengesahkan bahan kimia yang disuntik ke dalam paha mula mereputkan tisu kulitnya. 

“Rawatan kecantikan yang dijalankan mula mereput dan memakan tisu peha saya," katanya.

Kedahnews.com berpandangan bahawa insiden yang menimpa model Brazil ini bukan saja merupakan satu pengajaran kepada Urach, malah boleh dijadikan iktibar kepada mana-mana individu yang taksub kepada kecantikan.

Ketaksuban tersebut adalah dilarang di dalam Islam, apatah lagi sehingga tergamak mengubah fitrah kejadian Allah SWT melalui pembedahan kosmetik yang lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Kami berpandangan bahawa kecantikan di dunia hanyalah bersifat sementara, manakala kecantikan di akhiratlah yang akan kekal abadi selamanya. 

Soalnya sama ada "cantik" di syurga atau "hodoh" di neraka, kan? Wallahu'alam. -Kedahnews.com