Seorang wanita warga emas berusia 72 tahun dihukum menjalani khidmat
kemasyarakatan selama 420 jam dan tiga tahun dalam pemerhatian selepas
didapati bersalah cuba memotong alat sulit suaminya.
Virginia Valdez , mengaku salah atas tuduhan berkenaan dalam satu
serangan pada 2011 terhadap suaminya, Cesar Valdez, 62, di rumah mereka
di Palm Springs, California.
Namun peguam Cesar tidak berpuas hati dengan hukuman itu dan
menyifatkan mahkamah tidak memandang berat perbuatan Virginia hanya
disebabkan mangsa seorang lelaki.
Ketika kejadian, pasangan itu dalam proses perceraian.
Cesar menghubungi polis selepas diserang isterinya dan dalam kesakitan serta berlumuran darah, dia turut menghubungi ambulans.
Dia cuba menggunakan tuala untuk menghentikan pendarahan.
Virginia dikatakan sebelum itu sedang mengurut alat sulit suaminya
sebelum berhenti secara tiba-tiba dan memaklumkan mahu ke tandas.
Namun Virginia melakukan sebaliknya apabila dia mengambil gunting dan memotong alat sulit suaminya.
Pasangan itu telah bercerai dan kini mengambil keputusan untuk menyaman satu sama lain. -Agensi