Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika menyampaikan perutusan khas di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya, hari ini. |
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata bagaimanapun projek yang bersifat ekonomi rakyat akan tetap diteruskan.
“Perbelanjaan Pembangunan atau Development Expenditure yang
diperuntukkan sebanyak RM48.5 bilion tidak berubah dan akan tetap
dibelanjakan.
“Ini termasuklah, projek-projek bersifat people economy,
yakni perumahan rakyat, tebatan banjir, bekalan air, elektrik dan
infrastruktur pengangkutan awam seperti Lebuhraya Pan Borneo,” kata
beliau yang juga Menteri Kewangan.
Najib hari ini menyampaikan perutusa khas mengenai ekonomi semasa dan
kedudukan ekonomi negara di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.
Menurut beliau, projek seperti pembinaan MRT jajaran kedua, LRT3
serta keretapi berkelajuan tinggi dari Kuala Lumpur ke Singapura akan
tetap diteruskan.
Najib berkata, Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2015 akan ditangguhkan dengan penjimatan RM400 juta.
Ia bagi membolehkan program itu dikaji semula dan ditambah baik.
Beliau berkata, peruntukan perbelanjaan ke atas bekalan,
perkhidmatan, penganjuran majlis, perkhidmatan profesionl akan
dioptimumkan bagi menjimatkan RM1.6 bilion.
Selain itu, proses pemberian dan geran kepada Badan Berkanun
Persekutuan, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) serta Tabung Amanah
Kerajaan terutamanya yang mempunyai aliran pendapatan konsisten dan
rizab yang tinggi akan turut dikaji semula.
Langkah berkenaan dijangka akan memberi penjimatan sebanyak RM3.2 bilion.
Penjadualan semula akan turut dilakukan kepada pembelian aset tidak
kritikal seperti peralatan pejabat, perisian dan kenderaan yang boleh
menjimatkan kira-kira RM30 juta, katanya.
Beliau hari ini memberikan perutusan khas mengenai pengubahsuaian dan
intervensi yang perlu dilakikan bagi menghadapi landskap ekonomi dunia
yang sudah berubah.
Najib berkata, kejatuhan harga minyak mentah dunia sebanyak 60
peratus membawa implikasi kepada ekonomi dunia dan Malaysia tidak
terkecuali.
Menurutnya, ekonomi Malaysia pada ketika ini tidak dalam keadaan
gawat mahupun krisis seperti yang berlaku pada tahun 1997, 1998 dan
2009.
Perkara itu diulang sebanyak dua kali dalam tempoh 45 minit beliau
menyampaikan perutusan khas itu iaitu pada awal ucapan dan kali kedua
sebelum penutup.
“Kita bukan dalam krisis seperti 1997 dan 1998, bahkan tidak juga seperti 2009 lalu sehingga pakej stimulus terpaksa dilakukan.
“Strategi adalah langkah proakftif untuk penyesuaian berikutan faktor
luaran yang luar kawalan, ini realiti check cekoran perubahan harga
mnyak dunia,” katanya.
Turut hadir dalam majlis itu ialah menteri-menteri kanan, pegawai tinggi kerajaan, pemain industri dan para diplomat asing.
Sumber: Mynewshub.cc
Sumber: Mynewshub.cc