Nasib Hadi Tidak Sebaik Najib

Tahun 2015 baru bermula 12 hari. Dalam tempoh sedozen waktu itu, semua mata dan perhatian tertumpu kepada usaha usaha untuk memulihkan kediaman rakyat Kelantan yang terjejas teruk akibat banjir lumpur dan selut.

Tanpa kira fahaman politik dan warna sokongan, berpusu pusu rakyat Malaysia turun membantu.

Begitu juga keprihatinan tinggi yang ditunjukkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Sri Najib yang turun tanpa henti henti selama 6 hari untuk meninjau dan melawat mangsa mangsa banjir.

Pembangkang seolah tiada ruang untuk mencari salah PM buat seketika. Mereka cuba bercerita soal kapal terbang dan hal shopping untuk cuba alih perhatian rakyat.

Namun usaha usaha tidak baik itu akhirnya tidak lut pun dalam pemikiran rakyat. Apa yang rakyat dan mangsa banjir tahu, mereka kenal siapa yang bantu mereka sebenarnya.

Ada yang menafsir hubungan baik BN membantu Kelantan ini sebagai satu harapan untuk penyatuan Melayu dalam politik.

Tidak dapat ditolak, mungkin ianya terjadi. Fokus 2015 berbeza buat BN dan PAS, dua parti Melayu terbesar yang diterajui oleh Najib dan Hadi.

Tahun 2015 juga, tahun yang mencabar buat Najib dan juga Hadi Awang. Khabarnya, selepas mengeluarkan ayat ayat seperti barua dan broker secara terbuka dalam muktamar PAS yang lepas, Hadi Awang kini bakal dicabar dari segenap penjuru untuk jawatan Presiden PAS.

najib-hadi

Gerakan tumbangkan Hadi Awang sudah bermula selepas ayat broker dan barua itu. Malah kumpulan yang digelar sebagai PASMA sudah mula bergiat aktif bergerak di Kedah dan Terengganu untuk mewujudkan momentum bawahan bagi tumbangkan Hadi Awang dalam muktamar PAS yang dijangka pada Oktober 2015.

Ada yang juga yang mencadangkan Hadi Awang diletakkan sebagai Mursyidul Am PAS untuk mengelak malu dikalahkan oleh Mat Sabu dalam Muktamar PAS. Ini kerana ada yang berpandangan Nik Aziz sudah tidak lagi relevan sebagai Mursyidul Am PAS. Tidak mampu lagi menegur dan bersikap tegas terhadap kumpulan kumpulan pemberontak seperti PASMA.

Biarpun Hadi Awang dan kem ulama sudah mengambil langkah awal untuk memecat 3 orang editor kanan di Harakah pada awal tahun 2015, namun usaha itu dilihat belum cukup kuat untuk membendung serangan terancang di media terhadap kepimpinan ulama.

PASMA dan kumpulan yang mahu menumbangkan Hadi disokong kuat oleh PKR dan DAP. Mereka dilihat punyai kuasa kewangan yang lebih besar dari Hadi Awang sendiri.  2015, tahun ini diramal akan berlaku pergolakan politik yang paling besar dalam PAS.

Hadi Awang hanya berharap kekuatan Nik Abduh dan Nasruddin Tantawi untuk melindunginya berlawan dengan kumpulan kumpulan Anwarinas yang lebih berpengalaman dan poket penuh berisi.
Nasib Hadi dijangka tidak baik pada 2015, ramai yang berpandangan kepimpinan PAS akan bertukar pada Oktober nanti. Sama ada Husam Musa atau Mat Sabu, mereka berdua ini bakal menjadi Presiden PAS yang baru nanti.

Berbeza dengan cabaran yang bakal dihadapi oleh Najib. Biarpun dijangka menghadapi beberapa cabaran besar ekonomi pada 2015, namun nasib Najib dijangka lebih baik berbanding Hadi. Najib sendiri telah membuktikan beliau berjaya mengatasi krisis ekonomi yang berlaku pada 2008 ketika awal awal masuk ke Putrajaya.

Najib juga punyai pengalaman dalam kabinet dan melihat sendiri bagaimana kerajaan Malaysia menguruskan krisis ekonomi pada tahun 83-98 dan krisis kewangan matawang pada 99. Malaysia sebenarnya yang bernasib baik kerana mempunyai Perdana Menteri yang berkelulusan dalam bidang ekonomi seperti Najib.

Krisis kejatuhan matawang ringgit dan harga minyak dunia dijangka berlaku buat sementara pada 2015. Fenomena global ini mampu ditanggani oleh Malaysia kerana Dato Seri Najib punyai pengalaman menerusi Pakej Ransangan Ekonomi 1 dan 2 untuk mengekalkan kedudukan Malaysia dalam krisis ekonomi global pada 2008.

Melepasi 2015, jika Najib berjaya atasi semua masalah ekonomi dengan baik dan ditambah pula dengan krisis dalaman dalam PAS, maka sokongan rakyat dijangka akan berbalik semula ke BN secara besar besaran. Situasi sama yang pernah berlaku pada 99-2000, bila semua rakyat lebih percaya pada parti yang mampu uruskan krisis ekonomi untuk memimpin Malaysia.

Bersamalah kita berdoa. Jika pakatan pembangkang hebat uruskan ekonomi, mereka sudah pasti hebat mengira dan membantu berapa kos yang diperlukan untuk memulihkan bencana di Kelantan. Tiada satu pun pakar pakar ekonomi mereka datang bersama sama memberikan cadangan dan bantuan. Dua negeri terkaya, Penang dan Selangor tidak mampu pun memberikan bantuan pinjaman kewangan kepada Kelantan.

Nasib Hadi dijangka tidak sebaik nasib Najib. Jika Hadi Awang gagal ditumbangkan, maka Anwarinas akan terkubur selepas Oktober andai kata Anwar Ibrahim pun sudah masuk ke dalam sebelum itu.

Sesungguhnya Allah SWT lebih sayang rakyat Malaysia ini. Sebab itulah Malaysia dianugerahkan kepimpinan yang mampu untuk menjaga rakyat, agama dan bangsa Melayu. Bersyukurlah kita, berterima kasih kita pada yang memberikan khidmat. -TV14