Memantau perkembangan kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
difahamkan kini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Sains Malaysia
(HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan.
Anaknya yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh
Nik Abdul Aziz memberitahu, Nik Abdul Aziz terpaksa dibawa masuk ke ICU sejak petang semalam selepas
dikejarkan ke hospital itu sebelumnya.
"Seperti saya maklumkan semalam, kesihatan ayahanda agak menurun
ketika banjir baru-baru ini.
"Saya akan sentiasa memaklumkan perkembangan
ayahanda dari semasa ke semasa. Saya sendiri dalam perjalanan pulang
dari Pulau Pinang," katanya dalam satu kenyataan terkini berhubung tahap kesihatan bapanya itu.
Sehubungan itu, Nik Mohamad Abduh memohon orang ramai supaya mendoakan ayahnya kembali sihat seperti sediakala.
Beliau dalam satu kenyataan sebelum itu juga mengakui status kesihatan bekas Menteri Besar Kelantan itu sememangnya berada dalam keadaan uzur, namun masih boleh disifatkan sebagai ‘uzur
biasa’.
Desas desus mengenai kesihatan pemimpin utama PAS itu terjejas bermula apabila
kelibat Nik Aziz tidak lagi dilihat turun solat di masjid berhampiran
rumahnya seperti biasa sehingga memaksa Nik Mohamad Abduh menjelaskan keadaan bapanya di laman Facebook.
Menurutnya, kesihatan bapanya itu memang sedikit menurun selepas peristiwa banjir di Kelantan baru-baru ini.-Kedahnews.com