Nurul Izzah Sah Cerai Talak Satu

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar hari ini sah bercerai dengan suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim setelah beberapa lama menghadiri beberapa sesi perbicaraan sebelum ini.

Lafaz penceraian talak satu yang memisahkan pasangan tersebut diucapkan Hakim Syarie, Mohd Amran Mat Zain di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur.

Sumber turut menjelaskan bahawa Mahkamah hari ini  mendengar perbicaraan berhubung hak penjagaan anak mereka, namun ia berakhir dengan lafaz cerai.

Raja Ahmad Shahrir sebelum ini dilaporkan enggan melafazkan cerai terhadap anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, ekoran mendakwa masih wujud perasaan sayang pada bekas isterinya itu. 

Dia turut dikatakan cuba memujuk dan meluahkan perasaannya menerusi laman sosial yang menjurus kepada usaha menyelamatkan rumahtangganya.


Rumahtangga anak menantu Anwar itu mula berantakan tahun lalu apabila Nurul Izzah dilaporkan telah memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Syariah.

Hasil perkahwinan pasangan yang diijabkabul pada Mei 2003 itu dikurniakan seramai dua orang anak. -Kedahnews.com