Bukan sahaja pergerakan tawaf mengelilingi Kaabah, tetapi jika diperhatikan pelbagai putaran lain seperti peredaran alam semesta, pergerakan kumpulan ikan di laut dan juga tumbuhan yang menjalar adalah bertentangan dengan arah pusingan jam.
Malah, terbukti mengikut kajian sains juga mendapati aliran darah di dalam tubuh manusia, termasuk yang membawa bakteria positif untuk mengekalkan kesihatan tubuh juga bergerak mengikuti pergerakan alam tersebut iaitu dari arah kanan ke kiri.
Pengasas dan Pengerusi Hijra Timepiece, Abdul Halim Abdul Hamid berkata, perkara itu diciptakan oleh Allah SWT tidak sia-sia tetapi mempunyai hakikat kejadian tersendiri yang perlu diketahui dan dikaji oleh manusia.
Bukan perkara baru, sebaliknya beliau berkata, pergerakan tersebut telah dijelaskan oleh Allah SWT sejak lebih 1400 tahun lalu, namun ramai yang tidak menyedari dengan menganggap perkara remeh yang tidak perlu diketahui.
Ini sebagaimana firman Allah SWT di dalam al-Quran bermaksud; Dan Dia lah (Tuhan) Yang telah menjadikan malam dan siang, serta matahari dan bulan; tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing (di angkasa lepas). (al-anbiya’: 33)
Bagaimanapun, Abdul Halim berkata, baru kini golongan pengkaji sains menemui rahsia pergerakan alam yang bergerak daripada kanan ke kiri itu hakikatnya mengeluarkan aura positif kepada seluruh kehidupan.
“Sehinggakan perkara kecil seperti kocakan air yang dibaling dengan batu berputar daripada kanan ke kiri. Ini secara jelasnya menunjukkan kepada kita satu bentuk tenaga yang paling mudah diperhatikan. Inikan pula putaran bumi dan planet di alam semesta.
“Kajian sains juga mendapati, pergerakan bumi yang berputar menghasilkan satu gelombang berwarna seakan-akan biru yang berfungsi menghalang segala unsur negatif serta radiasi matahari dan planet terhadap hidupan di bumi termasuk manusia,” katanya.
Perkara itu katanya, berbeza berbanding pergerakan dari arah kiri ke kanan yang juga sebagaimana arah pusingan jam normal pada masa kini memberi kesan sampingan yang sebaliknya.
“Ramai yang masih tidak menyedari bahawa pergerakan daripada kiri ke kanan secara tidak langsung mengeluarkan aura negatif termasuklah pusingan jam biasa yang popular pada masa kini.
“Kajian mendapati, hal itu menyebabkan terhasilnya satu getaran yang tidak seimbang pada badan,kerana jam yang dipakai itu berputar bertentangan dengan fitrah alam.
“Akibatnya, kitaran darah tidak seimbang, malah merangsang pergerakan bakteria buruk di dalam tubuh yang juga berputar mengikut arah kiri ke kanan dan menyebabkan unsur negatif mudah diserap seterusnya mendapat pelbagai jenis penyakit,” katanya.
Elak jenama tiruan
Orang ramai yang ingin mendapatkan koleksi jam Hijra Timepiece dinasihatkan supaya tidak tertipu dengan sebarang agen luar yang menawarkan harga yang lebih murah berbanding harga pasaran yang ditawarkan syarikat tersebut.
Abdul Halim berkata, ini kerana dikhuatiri merupakan produk tiruan yang direka oleh pihak tidak bertanggungjawab untuk mengaut keuntungan menggunakan nama Hijra Timepiece.
“Kita mengesan terdapat pihak yang cuba menghasilkan jam tiruan dengan menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding yang kita tawarkan di pasaran luar.
“Bagaimanapun, jika dilihat terdapat banyak perbezaan yang ketara seperti kualiti, saiz, logo Hijra dan juga tidak diberikan kad jaminan. Jika berlaku sebarang kerosakan, kita tidak bertanggungjawab dengan risiko tersebut,” ujarnya.
Oleh itu beliau berkata, bukan mengelak persaingan, individu yang melakukan tersebut dipelawa untuk sama menjadi ejen Hijra Timepiece untuk sama-sama mempromosikan produk yang asal.
Usaha berdakwah
Menyedari hakikat itu, Abdul Halim berkata, pihaknya berusaha mempopularkan penggunaan jam yang berpusing mengikut arah tawaf di negara ini dengan menghasilkan pelbagai koleksi menarik bersesuaian dengan semua lapisan masyarakat dan peringkat umur.
Bukan keuntungan tetapi menurutnya, ia merupakan sebahagian daripada dakwah dalam mengajak umat manusia terutamanya umat Islam supaya kembali kepada fitrah sekali gus mengikuti sunnatullah (peraturan yang ditentukan oleh Allah SWT).
“Saya sering mengingatkan kepada kakitangan bahawa bukan berapa unit jam yang terjual, tetapi berapa ramai yang mendapat tahu mengenai undang-undang Allah SWT ini. Ini kerana berusaha menawarkan jam tangan mengikut pusingan tawaf yang mampu milik.
“Walaupun berbeza daripada segi bahan yang digunakan berbanding jam lain yang lebih berjenama, ujian kinesiologi (ujian otot) ke atas jam-jam anticlockwise kami membuktikan bahawa jam-jam kami tetap mempunyai kesan yang segera terutamanya ke atas kestabilan dan kekuatan badan pengguna walaupun baru beberapa saat jam dipakai.
“Malah ada dalam kalangan pengguna jam Hijra yang mendakwa semakin pulih daripada penyakit serius seperti kanser,” katanya.
Bagaimanapun katanya, pengguna tidak boleh meletakkan perkara itu sebagai sandaran untuk mengharap sesuatu kelebihan, kerana terletak kepada niat pemakai di samping izin Allah SWT. -Utusan