Passport Malaysia "Turun Harga" Kepada RM200 Untuk 5 Tahun


KUALA LUMPUR – Kadar bayaran membuat atau memperbaharui pasport untuk tempoh lima tahun bagi warganegara Malaysia dikurangkan kepada RM200 daripada RM300 berkuatkuasa hari ini.

Manakala, bayaran pasport untuk warga emas, kanak-kanak di bawah 12 tahun, jemaah haji dan pelajar di bawah 21 tahun dikenakan bayaran sebanyak RM100 berbanding kadar asal RM150.

Bagi Orang Kelainan Upaya (OKU) pula, golongan berkenaan tidak dikenakan bayaran untuk perkhidmatan berkenaan.

Notis arahan terbaharu itu ditampal di luar pejabat Imigresen, hari ini.

Sehubungan itu, dengan pengurangan kadar bayaran untuk tempoh lima tahun, pasport untuk tempoh dua tahun tidak lagi ditawarkan kepada umum. - BH Online