Pegawai Khas KJ Belasah Ketua Wira Perkasa Lenggong?

Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris mendakwa Ketua Wira Perkasa Cawangan Lenggong, Saad Abdul Rahman telah dipukul dengan teruk oleh Ketua Pemuda UMNO Lenggong yang juga Pegawai Khas Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin, Iruan Zulkefli.

Menurut kenyataan Irwan Fahmi hal itu berlaku hanya disebabkan semata-mata kerana hal yang agak kecil di matanya.

Menurut Ketua Wira Perkasa itu satu laporan polis telah dibuat oleh pihaknya dan mereka mengharapkan tindakan segera diambil terhadap Iruan.

Berdasarkan beberapa komen di Facebook, salah seorang ahli Wira Perkasa, Mubin Salleh menceritakan bahawa kejadian disyaki berpunca daripada rasa cemburu Iruan terhadap gerak kerja Saad dan rakan-rakannya membantu mangsa banjir di Lenggong.

Pegawai Khas Khairy Jamaluddin itu juga dikatakan membawa geng seramai 10 orang untuk membelasah Saad.


Sebetulnya, Kedahnews.com sendiri tidak pasti siapa yang berada di pihak yang benar dan yang mana satu sebenarnya yang mencetus pergaduhan yang dilihat "poyo lagi membodohkan" itu.

Niat utama kerja amal yang sepatutnya menerapkan nilai murni di kalangan pemuda Melayu yang mahu membantu mangsa banjir tiba-tiba dicemari dengan insiden yang sangat memalukan.

Soalnya, inikah dia "model" barisan kepimpinan anak bangsa pada masa akan datang?

Sewajarnya, jika perkataan "ikhlas" diletak pada "tajuk" dalam usaha mahu membantu mangsa banjir, maka tidak timbul isu mengharapkan "nama" dan sebagainya akan timbul, bukan?

Malah jika "ikhlas" diletakkan sebagai agenda nombor satu dalam perjuangan atau apa-apa misi sekalipun, tidak kiralah dari persatuan atau parti mana sekalipun, sudah tentu tidak akan terjadi kejadian seperti itu, bukan?

Apa-apa pun, diharap mereka berdua berdua segeralah bertemu secara baik dan berdamai seikhlas hati jika benar perjuangan agama, bangsa dan negara merupakan "batu asas" kepada perjuangan mereka masing-masing. 

Malulah kalau sikap kita ditertawakan umat bangsa lain, bukan? -Kedahnews.com