Danny Blum kini viral di Barat |
Sangat menyentuh hati apabila mendengar luahan seorang pemain bola sepak Jerman
bernama Danny Blum yang mengumumkan telah memeluk agama Islam dan
menyifatkan agama ini sebagai sumber kekuatan kepada dirinya.
“Islam memberi saya harapan dan kekuatan. Solat menenangkan jiwa saya,” beritahu Blum kepada akhbar Bild pada hari Isnin lalu.
Blum yang menyertai 1. FC Nurnberg di Bavaria sejak Julai lalu juga
pernah mengalami kecederaan lutut dan terpaksa berehat selama enam
bulan.
Bagaimanapun, beberapa minggu yang lalu pemain bola sepak ini akui
mengambil keputusan untuk memeluk Islam setelah tertarik agama ini
ketika penyertaannya dalam satu lawatan ke sebuah masjid sebelum itu.
“Saya ada melawat sebuah masjid dan entah mengapa saya terus tertarik
untuk mengetahui lebih dalam mengenai agama ini.” kata Blum.
Jejaka berusia 24 tahun ini akui sedang belajar mengamalkan ajaran agama Islam seperti solat dan pengambilan makanan halal.
Menurut Blum, pada mulanya dia gusar dan risau mengenai keputusannya memeluk
agama Islam sekiranya akan dihalang oleh ibu bapanya.
Namun subhanAllah, berita tersebut disambut
baik oleh keluarganya.
“Mereka adalah orang Kristian yang taat. Tetapi tidak lama selepas
itu mereka berkata yang saya perlu berbuat demikian jika saya percaya
bahawa Islam adalah agama betul,” katanya.
Difahamkan bahawa kisah Danny Blum yang memeluk agama Islam ini viral diperkatakan oleh media-media barat. -Kedahnews.com