ALOR SETAR - Kerajaan Kedah meminta semua pemaju projek pembinaan di negeri ini mematuhi garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) bagi meminimumkan kemalangan di tempat kerja.
Exco Kerajaan Tempatan, Bekalan Air, Sumber Air dan Tenaga, Perumahan dan Pembangunan Insan Kedah, Datuk Badrol Hisham Hashim berkata, tindakan akan diambil sekiranya mereka gagal berbuat demikian.
Katanya, garis panduan yang ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Indsutri Pembinaan Malaysia (CIDB) dan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) perlu dipatuhi sepanjang tempoh pembinaan.
"Ini soal keselamatan dan pihak pemaju atau subkontraktor lain perlu bertanggungjawab atas pekerja pembinaan itu," katanya kepada pemberita ketika melawat tempat kejadian seorang warga asing yang maut akibat terjatuh dari sebuah kondominium yang dalam pembinaan di Lebuhraya Darul Aman, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 3 petang semalam itu, seorang warga asing yang sedang bekerja di tapak pembinaan tersebut maut selepas terjatuh daripada bangunan yang sedang dibina itu.
Badrol Hisham berkata JKKP dan CIDB sedang menyiasat kejadian tersebut bagi mengenal pasti punca sebenar dan tindakan akan diambil terhadap pemaju sekiranya melanggar garis panduan yang ditetapkan.
Sementara itu, Pengarah JKKP Kedah, Mohamad Jais Suratman berkata pihaknya telah mengarahkan pemaju kondominium itu menghentikan kerja-kerja pembinaan sementara siasatan dijalankan. -Bernama