"Pihak Itu Bukan Orang Biasa, Lebih Baik Diam Diri" – Neelofa


Lupakan isu kepala Neelofa disentuh oleh Maulana yang merupakan saudara kepada pakciknya kerana ia sudahpun dijelaskan dengan sebaik-baiknya oleh pengacara jelita itu.

Apa kata kita kembali semula kepada gosip yang mengaitkan dia dengan kerabat diraja sebuah negeri yang pernah kecoh sebelum ini.

Sehingga kini, Neelofa tidak mahu mengulas lanjut mengenai perkara itu dan lebih senang mendiamkan diri apabila ditanya oleh pihak media.

Menerusi Mangga Online, dia memberitahu gosip itu melibatkan pihak yang ‘bukan orang biasa’ dan memilih untuk tidak berkata apa-apa mengenainya.

“Ini melibatkan pihak lain dan pihak itu pula bukannya orang biasa. Jadi sukar untuk saya bercakap hal ini. Jadi, lebih baik saya mendiamkan diri. Saya juga tidak mahu berkata apa-apa tentang perkara ini.

“Saya sedar, dalam usia saya yang akan memasuki 26 tahun tidak lama lagi, saya akan terus berdepan dengan persoalan tentang bila nak kahwin. Jadi perkara macam ini tidak dapat dielakkan.

“Bagaimanapun, saya gembira dan tenang dengan kehidupan saya sekarang. Bidang perniagaan yang saya ceburi bersama keluarga juga membuatkan saya gembira sekarang ini,” katanya.

Hmm, memang betul-betul mahu berahsia si Neelofa ni…

Tapi, sejujurnya kami kagum dengan pengacara ini kerana dia gemar memilih untuk mendiamkan diri jika terlibat dengan kontroversi tertentu agar tidak memanjangkan lagi isu tersebut.

Bukan seperti sesetengah artis yang gemar membuat kenyataan itu dan ini sehingga memakan diri…opss!
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Sumber: Mynewshub.cc