Kalau sebelum Pilihanraya Umum (PRU) Ke-13 yang lalu dia bermusuh dan bergaduh sakan dengan Allahyarham Tan Sri Ustaz Azizan Razak di Kedah, kini dia sibuk menyerang Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak redha PAS diporak perandakan dari dalam.
Jika dulu dia dikatakan pernah menghina arwah Ustaz Azizan dengan menyamakan bekas Menteri Besar Kedah itu dengan "enjin 3 silinder", saya tidak tahulah apa yang digelarnya terhadap Abdul Hadi di belakang Presiden PAS itu.
Di saat ini, PAS teruk diserang DAP. Bukan sekadar diserang oleh "Dinasti Lim" anak beranak, malah parti itu dan Presidennya teruk diserang bertubi-tubi oleh "segerombolan" pemimpin dari parti yang terkenal dengan sifat "chauvinis ultra Melayu" itu.
Malah, melihat sikap yang diambil oleh Ketua Umum PKR, dia lebih "busy" memikirkan nasib dan masa depannya yang bakal diputuskan pda 10 Februari ini di Mahkamah Persekutuan. Hanya sekali-sekala saja dia menyampuk, itupun seolah menyebelahi DAP...
Tapi, saya tidak tahu mengapa individu dari Kedah itu langsung tidak mempertahankan Presidennya sendiri. Malah ditambahnya kekusutan ke benak Abdul Hadi yang terpaksa memikirkan tentang NGO yang cuba memecahkan "kapal" PAS dari dalam.
Pada saya, selaku pemimpin yang berstatus Yang Dipertua PAS Kawasan, dia sepatutnya bertindak mempertahan atau menyerang gerombolan "mata sepet" dari parti roket yang cuba memperlekeh PAS di mata rakyat.
Tapi dia tidak berbuat begitu. Sebaliknya, dia balas teguran pedih Abdul Hadi dengan kenyataan yang seolah mendesak Naib Presiden Persatuan Ulama Dunia itu meletak jawatan Presiden PAS yang disandang.
Kenapa jadi begitu? Apakah dia terikut-ikut dengan rentak jemaah DAP dan PKR yang menggulingkan Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor sebelum ini? Siapa agaknya dalang yang mengajarnya untuk berlaku tidak wala' pada Presiden sendiri?
Dia mahu PAS patuh dan bekerjasama dengan Pakatan Haram. Dia mahu PAS wala' pada ikatan pembangkang itu. Dia mahu siapa yang tidak suka pada Pakatan Haram yang tidak berdaftar itu supaya keluar dari PAS.
Tapi tahukah dia bahawa tanpa PAS maka dia sendiri pun tidak punya sebarang hubungan dengan Pakatan Haram? NGO yang dia ketuai itu pun bukannya ada kena mengena dengan Pakatan Haram itu, tapi dia sibuk pula suruh orang keluar parti?
Saya tidak tahu siapa yang ajar pemimpin PAS itu supaya berkurang ajar dengan seorang yang digelar penyokongnya sebagai "Tuan Guru". Malah Tuan Guru itu berjawatan Presiden di dalam jemaahnya. Mengapa dia tidak patuh pada kepimpinan berjemaah?
Benarlah kata Abdul Hadi bahawa NGO itu sememangnya mengundang pepecahan di dalam PAS. Pemimpin PAS itu mungkin terlalu ego dan enggan menerima hakikat bahawa tindakannya itu sememangnya menghancurkan parti.
Apapun, saya lebih suka melihat siapa yang kalah dan siapa yang menang. Nampaknya Abdul Hadi dan pemimpin PAS itu masing-masing enggan mengalah sehingga kini.
Saya mahu lihat apakah ulama akan terus menerajui PAS, atau sebaliknya. Saya mahu lihat sama ada PAS akan terus bersama dan merelakan diri "diliwat" DAP dan PKR, atau tidak. Saya kepingin untuk melihat saat-saat itu.
Dalam pengamatan saya, PAS kini sangat lemah, diserang dari luar dan dalam. Lebih mengharukan lagi, parti itu diserang oleh pemimpin sendiri dan rakan "sebantal semimpi"nya. Apa agaknya akan berlaku pada episod seterusnya?
Kalaulah saya jadi Abdul Hadi, pemimpin tersebut sudah tentu saya pecat. Sudah tentu saya akan bawa keluar PAS dari Pakatan Haram yang biadap menginjak-injak parti saya secara terbuka di khalayak ramai. Sudah pasti saya akan kembalikan maruah PAS di mata umum.
Namun saya bukan Abdul Hadi dan saya bukan pemimpin mahupun ahli PAS. Saya hanya seorang penulis yang menyokong Islam, Melayu dan Tanah Melayu. Melihat saudara saya yang bernama PAS dibuli teruk sebegitu, simpati pula rasanya, kan?
Soalnya sekarang, siapa agaknya pemimpin PAS yang saya maksudkan dan mengapa dia tumpang sekaki serang Abdul Hadi? Rasanya ramai yang tahu siapa gerangannya. Apa nak jadi pada PAS selepas ini kita sama-sama nantikan...
Sumber: Mykmu.net