Gunung Jerai |
Sekiranya Sabah berbangga dengan Gunung Kinabalu dan Pahang dengan Puncak Tahan, Kedah tidak kurang hebatnya dengan Gunung Jerai yang menjadi puncak tertinggi di zon Utara Semenanjung Malaysia.
Dengan ketinggian 2,107 meter itu, ia yang dikenali sebagai "Puncak Kedah" menjadi tarikan para pelancong dari segenap pelosok alam.
Kedudukan Gunung Jerai yang menganjur ke Tanjung Jaga di pinggir laut telah menjadikannya sebagai salah satu panduan pelayar silam yang singgah berdagang di negeri Kedah sejak berabad lamanya.
Selain itu, ada juga yang mengaitkan Gunung Jerai dengan mitos Raja Bersiong yang dikatakan pernah membuka penempatan di kaki gunung itu.
Turut dikatakan bahawa sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung itu dan penduduk tempatan mengelarnya sebagai "Batu Kapal".
Turut dikatakan bahawa sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal wujud di puncak gunung itu dan penduduk tempatan mengelarnya sebagai "Batu Kapal".
Menurut lagenda, kapal tersebut adalah kepunyaan Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika maharaja tersebut cuba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai.
Pulau Serai dikatakan adalah merupakan nama asal bagi Gunung Jerai.
Mengekalkan keindahan alam semula jadi, usaha membaik pulih giat
dijalankan dan terkini menunjukkan keadaan di puncak Jerai itu semakin
indah dan sesuai untuk dilawati oleh segenap lapisan masyarakat.
Para pelancong yang berkunjung ke Gunung Jerai boleh menginap di hotel bertaraf 5 bintang, The Regency Jerai Hill Resort, yang menawarkan khidmat dan penginapan terbaik.
Meskipun hotel berkenaan boleh dikatakan hampir menguasai setiap ruang di puncak gunung itu, namun ia tetap terbuka kepada kunjungan orang ramai secara percuma.
Taman-taman yang terjaga rapi di sekitar puncak Jerai itu sangat mempersonakan dan kekayaan flora serta faunanya begitu memukau para pengunjung dengan pemandangan indah sekitar Kota Kuala Muda.
Sekiranya cuaca mengizinkan, para pengunjung boleh melihat Pulau Langkawi dari puncak Jerai! -Kedahnews.com