Rakyat Malaysia Catat Rekod Beli Kenderaan Terbanyak Pada 2014

Beli kereta Ferrari dikatakan antara punca Zizan-Emma "putus sekejap" bercinta...
Miskin, papa kedana, hidup susah atau tidak, rakyat di Malaysia dilaporkan telah membeli sebannyak 666,465 unit kenderaan sepanjang tahun 2014, meningkat 1.6 peratus berbanding tahun sebelumnya, 2013.

Menurut Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad berkata, jumlah berkenaan memecah rekod negara dan merupakan angka tertinggi yang pernah dicatat dalam sejarah industri automotif tempatan.

Pada tahun 2013, jumlah pembelian kenderaan yang dicatat adalah sebanyak 655,793 unit.

Walau bagaimanapun, Aishah menjelaskan bahawa kadar peratusan pertumbuhan pembelian kenderaan itu adalah lebih rendah berbanding peratusan pertumbuhan yang dicatat pada dua tahun lalu.

Katanya, jumlah pendaftaran kenderaan penumpang meningkat 2.0 peratus kepada 588,341 unit pada 2014 berbanding 576,657 unit pada 2013.

Namun begitu, pendaftaran kenderaan bagi kategori komersial dilaporkan jatuh sebanyak 1.3 peratus kepada 78,124 unit berbanding 79,136 unit pada tahun lalu. -Kedahnews.com