JERANTUT – Semua mangsa banjir akan menerima bantuan khas RM500 bagi setiap isi rumah yang akan diagihkan dalam tempoh seminggu.
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata mangsa
yang kematian anggota keluarga akibat banjir pula akan diberi bantuan
wang tunai RM5,000.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara juga
memaklumkan 56 sekolah yang terjejas teruk akibat banjir dan masih
menjadi pusat pemindahan banjir dibenarkan memulakan sesi persekolahan
lewat.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan
Mesyuarat Penyelarasan Pelan Tindakan Pasca Banjir Pahang di Pejabat
Daerah, pada Khamis. – BERNAMA