Rozana Dapat Hak Jagaan Anak, Awie Dilarang Ulas Di Media

Pada Julai tahun lepas, mahkamah syariah telah memutuskan untuk memberikan hak penjagaan sementara tiga anak hasil perkahwinan Awie dengan Rozana Misbun kepada vokalis Wings tersebut.

Namun, keputusan tersebut akhirnya berubah apabila Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan semalam telah memutuskan untuk menyerahkan hak tersebut kepada Rozana, sekaligus menafikan hak penjagaan anak-anak itu kepada Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman.

Difahamkan bahawa hal berkenaan telah diberitahu oleh Rozana sendiri kepada akhbar Berita Harian menerusi kiriman email.

Akhbar tersebut turut melaporkan bahawa Awie bagaimanapun telah diberi hak untuk melawat kediaman anaknya selama dua jam sebanyak dua kali iaitu pada hari Sabtu dan Ahad pada minggu pertama dan ketiga.

Walau bagaimanapun, Awie perlu memaklumkan terlebih dahulu kepada Rozana untuk berbuat demikian.

http://www.kedahnews.com/

Sementara itu, mahkamah juga memutuskan untuk melarang Awie mahupun ahli keluarganya daripada mengambil mahupun menganggu anak-anak di kediaman atau di sekolah.

Penyanyi bersuara nyaring itu turut ditegah mengaibkan ataupun mengulas tentang isterinya dalam mana-mana media cetak, sosial dan elektronik ketika prosiding kes hadhanah (hak jagaan anak) berjalan.

Hasil perkongsian hidup Awie dan Rozana mereka dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, 8, Putra Ahmad Rezzki, 7, dan Puteri Qasseh Antasha, 5. -Kedahnews.com